Itu first word yang aku selalu ungkapkan bila tengok orang bersedih. Tapi sebenarnya, aku percaya satu benda. Manusia suka bersedih pasal manusia. Aku akui semua tu sebab aku pun harungi benda yang sama. Sepatutnya aku kena bersyukur atas semua kesenangan yang Allah bagi sebelum datangnya dugaan. Allah selalunya beri pengajaran untuk orang supaya kita jadik lebih baik. Bukan senang nak pilih kerohanian dan nak jadik baik. Aku ni pun kadaNG2 tercarut jugak makian yang best huhu..
Oh yer..ada jugak orang tanya aku, aku dah okay ker? Aku dah boleh lupakan semua ker? Senang cerita macam ni laa..semua manusia pasti akan alami episod yang sedih dalam hidup diorang. Aku pun tak terkecuali. Tapi serius aku cakap, aku dah gembira dan tenang. Kalau teringat memang laa rasa sedih tapi aku okay. Aku berterima kasih kepada Allah yang banyak bantu aku, keluarga dan kawan2 yang banyak bagi nasihat. Terima kasih. Aku takkan lupa pun. Aku percaya dalam hidup ni ada turun naik. Yang beriman sahaja akan selamat di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment